Thursday, 21 January 2016

Drama Review: Kill Me Heal Me

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


Dalam slot drama review kali ni, kita akan menyentuh K-Drama yang bertajuk Kill Me Heal Me ( Bunuhku, Sembuhkan Ku). 

Pertama sekali, sahabat tonton drama ni atas cadangan coursemate yang baru selesai menamatkannya. Atas desakan dan cadangannya, sahabat pun download drama ni.

Drama Kill Me Heal me ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang menghadapi penyakit D.I.D ( Dissociative Identity Disorder) atau lebih dikenali sebagai seseorang yang mempunyai personaliti yang pelbagai. Permulaan cerita menyaksikan imbasan akhbar dan seorang lelaki yang misteri yang mengumpul keratin berita mengenai sebuah kumpulan yang berpengaruh bernama Seung Jin Group. Kemudian kisah masuk kepada watak utama iaitu Cha Do Hyun yang mengalami split personaliti sedang duduk memberi laporan kepada seorang doktor yang dipercayai pakar dalam kes D.I.D. kemudian, watak heroin iaitu Oh Ri Jin diperkenalkan sebagai doktor psikiatri dan watak utama kedua iaitu Oh Ri On sebagai penulis misteri menggunakan nama pena Omega dan juga sebagai abang kembar Oh Ri Jin.

Kisah drama ni mula menghadapi konflik utama apabila Cha Do Hyun terpaksa menyembunyikan masalah yang dihadapi dari pengetahuan keluarga dan anasir luar iaitu keluarga sepupunya yang memegang hajat ingin merampas kedudukan utama lelaki tesebut sebagai pemegang warisan tunggal Seung Jin Group. Oh Ri Jin kemudian dipilih dan atas dasar belas kasihan, dia bersetuju untuk menjadi doktor peribadi Cha Do Hyun. Menyelang tugas dan masa bersama, mereka berdua mula jatuh cinta antara satu sama lain. Oh Ri Jin berusaha mengawal Cha Do Hyun dan personalitinya yang lain agar tidak menganggu kehidupan Cha Do Hyun sebagai timbalan presiden I.D Entertainment. 

Selingan sampingan yang menjadi plot menarik dalam drama ini ialah kisah penderaan dan trauma akibat penderaan. Kesan daripada peristiwa hitam semasa zaman kanak-kanak menyebabkan Cha Do Hyun menjadi trauma dan zahirnya menyebabkan dia mewujudkan pelbagai personaliti sebagai mekanisma mempertahankan mental. Personaliti yang muncul ialah Shin Segi, Perry Park, AhnYoseob, Ahn Yuna, Nana dan Mr X. 

Sebenarnya drama ni merupakan hasil penulis yang sama menulis kisah The Moon That Embraces The Sun iaitu Jin Soo Wan. Makanya terdapat beberapa scene yang sahabat perasan mempunyai persamaan antara kedua-dua drama ni. Kemudian, selingan unsur kekelurgaan itu kuat diterapkan sama juga TMTETS. Sahabat menyukai unsur keceriaan dalam keluarga Oh yang bertentangan dengan kekelaman keluarga Cha Seung Jin. Pertalian adik beradik antara Oh Ri On dan Oh Ri Jin sangat mencuit hati, ditambah pula dengan kewujudan personaliti Ahn Yuna sebagai comedic reliever. 

Watak kegemaran sahabat ialah Oh Ri On dan Shin Se Gi. Dua-duanya handsome dan kelakar. Ah~ Suara Ji Sung dalam membawa watak Shin Se Gi sangat berkesan. Lakonan Ji Sung memang layak mendapat pujian kerana setiap watak dimainkan dengan sangat baik. Buktinya sahabat menangis apabila setiap kali personalitinya mula mengucap selamat tinggal. Drama ni dikisahkan dengan baik, cuma apa yang sahabat keliru ialah mengenai kisah ayah dan mak tiri Cha Do Hyun. Kill Me Heal Me boleh dikategorikan sebagai drama yang unik dan tidak bosan ditengok berulang kali. Saat komedi, serius dan suspens digaul dengan cantik ditambah pula dengan percintaan yang tidak cliché. Jadi sahabat mencadangkan kalian tengok drama ni. 


Babak menarik bagi sahabat ialah setiap babak yang melibatkan Oh Ri On. Haha. Park Seo Joon pandai membawa watak yang kelakar tapi dalam masa mempunyai tarikan tersendiri. Apabila Ahn Yuna muncul dengan aura pink dan fangirling dengan artis kpop dan oppanya. Hahaha. 

0 comments:

 
Penulis Bongsu Blogger Template by Ipietoon Blogger Template