Thursday, 21 January 2016

Drama Review: Bitter Blood (Download link Eng Sub)

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Yeah, its japanese drama time. Baru-baru ni sahabat mengikuti perkembangan seorang pelakon dari negera matahari terbit bernama Sato Takeru. Dalam pada itu, sahabat tertarik dengan beberapa drama dan filem lakonannya yang mantap.. pergh. Untuk itu, kali ni sahabat akan review drama Bitter Blood dan sertakan sekali link untuk rakan semua memuat turun.. :D




Drama ini menyentuh aspek persahabatan dalam kekeluargaan. Yang mana nilai sepatutya ada dalam drama-drama melayu sekarang, tapi sayang, sekarang susah nak cari drama melayu berkualiti. Bitter Blood atau Partner by Blood mengisahkan pertemuan semula seorang ayah dan anak dalam satu unit polis yang sama. Si ayah yang digelar Gentle mempunyai personaliti yang berbeza dengan anaknya Sahara Natsuki (Lakonan Sato Takeru) dan mereka sering bertelagah dalam menyelesaikan kes. Namun apa yang pasti, 'kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi', yang mana dalam pertengkaran mereka, mereka banyak persamaan dalam beberapa aspek. Drama 11 episod ini merungkai satu persatu masalah dan dalam setiap episod itu diselitkan mesej jalinan seorang ayah dan anak. 

Sahabat rasa drama ni memang sangat bagus, malah gerapan aksi setiap episod dipersembahkan baik oleh setiap pelakon. Malah, secara langsung sahabat dapat mengetahui tingkah laku seorang polis yang sebenar. Tapi, ia tidak sama seperti cerita Gerak Khas ya.. Lain! Hahaha. 

Watak Sato Takeru sebagai Sahara Natsuki atau Junior, seorang detektif baru yang lurus, sangat comel! >/////< Take chan~ awak dapat seorang peminat baru ni~ 

Selain aksi, drama ini turut disertakan comedy relief yang mana tidak membosankan, dan bagaimana setiap karakter di unit polis itu dikembangkan episod demi episod juga dikaitkan dengan perkembangan cerita yang baik. Cuma sayang, aspek romance yang cuba digarap seolah tidak sampai malah watak seorang saja heroin juga tidak membawa seri. Untuk chemistry setiap pelakon memang dipuji sebab Atsuro Watabe dengan Sato memang sesuai digandingkan sebagai ayah anak. 

OST drama ini yang utama, ost terbaik sahabat rasa untuk drama jepun, memang sesuai sangat dengan genre drama Bitter Blood ni iaitu Do You Ever Shine. Muzik dia memang sangat menonjolkan aura, dan kredit harus diberi sepenuhnya kepada media grafik yang edit bahagian Opening sebab sangat best. Sahabat malah mengulang banyak kali bahagian opening sebab terlalu suka. 

Bitter Blood Eng Sub (Ep 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11) 

Bitter Blood main OST






0 comments:

 
Penulis Bongsu Blogger Template by Ipietoon Blogger Template